KINI AKU KEMBALI.........

Huuuuuuuuuuuu…rasanya sudah beberapa purnama saya tidak menitiskan tinta bicara dan menitipkan sebarang photo sebagai santapan rakan2 yang sudi berkunjung ke blog "Pada Suatu Masa"yang tak sepertinya ini.Bukan sengaja menyepi tapi masa tidak mengizinkan. Aku sebenarnya tersepit antara masa.. keadaan…kerjaya....dan..tanggungjawab…waduh,gawat benerrrrrr ni.

Apa-apa pun terima kasih kepada blog ciptaan saya ‘Pada Suatu Masa’ yang menjadi ruang kita berjumpa di dunia maya ini.Walaupun saya tidak pernah mengenali setiap pembaca yang tersesat dalam blog saya ini, namun jauh di sudut hati, saya sebenarnya amat berterima kasih kerana anda sudi menatap setiap persembahan saya.

Untuk makluman anda saya benar2 kesuntukan masa menitipkan apa jua bicara dalam blog ini, mana tidaknya kerjaya saya terlalu banyak menagih pengorbanan masa dan tenaga.Pun demikian usaha membangunkan blog ini harus diteruskan kerana blog inilah satu-satunya ruang untuk saya menumpahkan 1001 macam peristiwa,pengalaman,kenangan dan sebagainya untuk kita kongsi bersama.

Memang sudah lama kusedari dan mungkin tidak ada siapa yang tahu kecuali aku dan mereka yang sekutu denganku bahawa kerja sebagai guru di zaman ini memang semakin kompleks kerana selain mengajar, juga menyediakan soalan-soalan ujian bulanan dan peperiksaan semester, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan berbagai-bagai majlis,pertandingan berbentuk akademik /kokurikulum serta persiapan hari sukan.
huuu……….penat banget de….siapa cru jadi guru kan…tapi aku ingat inda seteruk ini bah kerjanya…he
Justeru aku takut juga bila dengar ada kajian yang mengatakan bahawa guru-guru terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan perasaan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental, kebimbangan melampau dan kemurungan….hisss!..palis2

Ada pula kajian dari Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar…huu..nasib baik pengetua & PK at my school semua bagui2.

Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan Tetapi barangkali keadaan sekeliling di samping tanggungjawab peribadi yang banyak menagih pengorbanan sedikit sebanyak memberi tekanan.Syukurlah, semua rakan2 sekerja dan orang tersayang semuanya memahami.

Sebagai seorang insan biasa secara fizikalnya bagi saya memang nampak sihat, tetapi siapa tau barangkali dalaman saya berkecamuk, kerana kata orang dalam kamus kehidupan ini banyak perkara yang tak perlu kita pamirkan pada siapa-siapa kecuali kepada orang terdekat yang paling memahami dan banyak memberi sokongan kepada kita…siapa lagi kalau bukan isteri saya sementara wajah anak2 juga menjadi penawar segala.

Tapi…whatever, kata orang
HIDUP INI TIADA MANIS,
TIADA INDAH,
TIADA SERINYA
TANPA MASALAH.

Akhir sekali kepada mereka yg tidak menghargai guru, terimalah Sajak Khas untuk anda,semoga terhibur.

"GURU OH GURU"
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Nukilan Allahyarham Usman Awang
" BIARKU MENJADI LILIN "
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Kopratasa.

3 ulasan:

Safiya berkata...

i sokong pendapat mu kebanyakan guru tension sebab byk karenah lain. aku pun sama lah

Safiya berkata...

sokong pendapat mu. aku pun macam tu lah bz manjang

Safiya berkata...

sokong pendapat mu tugas guru zaman glokal ni pening aku