Yang big body dalam gambar ini adalah merupakan kawan baik aku yang dah berkurun lama terpisah tapi tiba2 kami dipertemukan dalam satu majlis perkahwinan seorang kawan pada Mei 2008,kami pun ambil peluang bergambar bersama. Namanya Idrus Ungkir Dee.Berasal dari Keningau tapi kini bertugas di Hospital Tenom. Beliau merupakan rakan sekelas ku masa tingkatan enam di SMK Gunsanad pada tahun 1990. Dari dulu bodynya memang tegap. Selalu masuk gim angkat berat, kadang-kadang angkat padi berguni-guni di tabasan diabilang. Gayanya sedikit kelakar tapi sangat baik hati. Kalau di kelas dulu dialah paling pintar subjek Ekonomi. Kalau berborak saya selalu ejek dia kerana dia tidak pandai marah. Selepas hampir 10 tahun tidak bertemu dia tetap mesra tak berubah. Rupanya dia telah bertemu jodoh dengan salah seorang school mate form six kami dulu dan sekarang dia telah memeluk agama Islam, alhamdulillah. Aku ingat selepas lebih 10 tahun tidak bertemu dia dah kurus kering rupanya makin tagap bah pla, tengoklah beza kami dalam gambar. Cuma satu yang aku nantikan ialah...sya mau tunggu dia blanja sya makan..he he.Congratulations my good friend.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan